Tiga penyambung Palam dan soket AC domestik

Sesentuh mungkin diperbuat daripada keluli atau loyang, dan boleh jadi saduran zink, timah atau nikel. Setiap soket mempunyai sama ada dua atau tiga wayar penyambung:

  • Wayar hidup (juga dikenali sebagai wayar fasa) - membawa arus ulang-alik dari punca kuasa ke beban.
  • Wayar neutral - mengembalikan arus elektrik ke punca kuasa.
  • Wayar bumi - bertujuan hanya untuk mengangkut arus elektrik bocor ke bumi apabila berlaku kebocoran arus elektrik akibat kegagalan penebat; jika tiada kebocoran arus elektrik, wayar ini tidak membawa sebarang arus elektrik. Ia biasanya disambungkan ke bahagian bekas logam serta bahagian peralatan lain yang mungkin bersentuhan dengan manusia. Gangguan elektromagnetik serta pelindung kejutan elektrik membuang cas elektrik yang tidak dikehendaki melalui wayar bumi. Tidak semua sistem pendawaian elektrik dibumikan.

Palam berkutub

Palam dan soket berkutub adalah jenis yang direka untuk disambungkan pada orientasi yang betul sahaja, supaya penyambung hidup dan neutral pada peralatan elektrik hanya bersambung dengan penyambung yang betul di dalam soket. Pengutuban dikekalkan oleh saiz, bentuk dan/atau kedudukan pin palam serta lubang soket bagi memastikan sesuatu palam hanya boleh dimasukkan sehala sahaja ke dalam soket. Ia adalah supaya suis, misalnya, hanya mengendalikan wayar hidup di dalam litar. Jika wayar neutral pula yang dikendalikan, walaupun peralatan elektrik tersebut sudah tidak diaktifkan akibat litar terbuka, pendawaian dalamannya masih lagi diuja. Ia boleh mengakibatkan kejutan elektrik jika peralatan tersebut dibuka, kerana badan manusia boleh membentuk litar elektrik — laluan voltan yang berbeza daripada voltan pada wayar hidup. Dalam sesetengah peralatan dengan unsur pemanas seperti pemanggang roti, kekutuban songsang boleh menyebabkan elemen pemanas menjadi hidup walaupun ketika sejuk, mendedahkan pengguna kepada kejutan elektrik walaupun peralatan tersebut tidak ditanggalkan.